Rahsia Kopi Radix


Assalammualaikum dan salam sejahtera  semua,

 Anda  suka minum Kopi Radix? Ini ada rahsia khasiat Kopi Radix yang ramai orang tak tahu. Rahsia ini jangan disimpan tapi harus dibocorkan kepada seramai mungkin orang yang anda kenal.

 1. Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak menggunakan bahan kimia methylene chloride tetapi ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah (Albizza Myriophilla) yang bersifat antidot yakni penawar racun.

 2. Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan vitamin C, tetapi vitamin C dalam kopi radix bersifat bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar Mengkudu Hutan (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.

 3. Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi kerana ianya mengandungi Akar Halban (Vitex Pubescen) yang lebih bersifat Antioksidan.

 4. Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix ditingkatkan lagi dengan adanya Akar Tongkat Ali yang mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia).

 5. Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar Teja Lawang (Cinnamomum Inners) yang dimasukkan dalam ramuan kopi radix.

 6. Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan kopi radix dapat melancarkan kencing sekaligus dapat menyingkirkan asid urik berlebihan di dalam tubuh.

 7. Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana Akar Larak Hutan (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.

 8. Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh menyebabkan kencing berbau seperti kebanyakan kopi pracampuran lain dipasaran.

 9. Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti kerana Xeronin dalam Akar Mengkudu Hutan dapat merangsang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang mengawal kualiti tidur.

 10. Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih 20 tahun yang kaya dengan mineral semulajadi seperti kalsium dan magnesium.

 11. Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok jika ada niat untuk berhenti merokok.

 Wallahualam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua. Kita merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

 Fakta tentang kopi radix adalah hasil catatan saya (PJS Jamaluddin Yeop Majlis) dari kuliah Tuan Hj Ismail didalam perjumpaan PJS MALAYSIA diawal tahun 2005 di Ayer Kroh Melaka dan ditampung dari catatan kuliah-kuliah Tn Hj Ismail dalam KPJ dan PIC. Tn Hj Ismail adalah Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD pengeluar KOPI RADIX.

 Sumber: Blog PJS Jamaluddin Yeop Majlis

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ayam Organik


ayam56

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana  HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/index.php?option=com_content&task=view&id=44&Itemid=2

Harga:
Semenanjung Malaysia : RM 20.00
Sabah & Sarawak:

Jika berminat untuk membeli, sila emailkan ke zharfainqah_mama@yahoo.com.my

http://www.DuniaHerbaHPA.net/RROSFAN

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Produk HPA


HPA menawarkan lebih 300 produk yang terjamin halal dan berkualiti tinggi. Kesemua produk disediakan secara organik dan amat berkesan untuk membantu mempertingkatkan tahap kesihatan. Dengan mengamalkan produk HPA, Insyaallah kita akan dapat mengekalkan kesihatan kita.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Perfume Akhil Hay


Selepas HPA melancarkan Perfume Raihan (Raihan Fragrance), kini tiba pula giliran selebriti tersohor, Ustaz Akhil Hayy memperkenalkan perfume menggunakan jenamanya sendiri yang dipasarkan oleh HPA. Terdapat 2 jenis perfume iaitu Akhil Perfume For Men dan Akhil Perfume For Women. Setiap kotak Akhil Perfume mengandungi satu spray-on berisipadu 8ml dan satu roll-on berisipadu 5ml. Antara ciri-ciri lain Akhil Perfume adalah:

  • Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol.
  • Sesuai digunakan semasa solat.
  • Dua jenis wangian bersaiz 8ml dan 5ml dalam setiap kotak.
  • Penggunaan botol ‘Roll On’ dan ‘Spray’ yang mudah dibawa.
  • Wangian tahan sepanjang hari.
  • Haruman yang hebat tanpa berbelanja ratusan ringgit.
  • Dengan khasiat aroma terapi.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 29.90
Sabah & Sarawak : –

Jika berminat dan ingin membeli, sila emailkan ke zharfain_mama@yahoo.com.my

http://www.DuniaHerbaHPA.net/RROSFAN

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Minyak But-But


but2.jpg

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-

Untuk Patah Tulang.

Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.

Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Urut.

Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.

Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.

Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.

Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.

Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.

Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Wanita Menopouse.

Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

Komposisi (75 ml per botol) :

1. Kaempferia Galanga

2. Melaleuca Lecodendron

3. Cocos Nucifera Oil

4. Tinospora Crispa

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 10.50
Sabah & Sarawak: RM 13.00

Jika berminat dan ingin membeli, sila emailkan kepada zharfainqah_mama@yahoo.com.my

http://www.DuniaHerbaHPA.net/RROSFAN

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kopi Radix


 

Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan gout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Penyakit Berkaitan Kadar Gula Tinggi Dalam Darah & Tekanan Darah Tidak Normal
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat tekanan darah tidak normal.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

1. Kotak kecil: 15 paket

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM20

Jika berminat dan ingin membeli, sila hantar email ke zharfainqah_mama@yahoo.com.my

http://www.DuniaHerbaHPA.net/RROSFAN

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Garlic Oil Softgel


Khasiat dan Kelebihan:

  • sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia.
  • menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
  • membantu menghambat proses penuaan.
  • bawang putih yang diamal secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
  • zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
  • bawang putih dapat membantu meredakan stress dan kemurungan.
  • bawang putih mengandung vitamin A, B, C, kalsium, potasium.
  • bawang putih mengandungi  antioksidan, karoten dan selenium.
  • Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
  • Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36

Jika berminat dan ingin membeli, sila hantar email ke zharfainqah_mama@yahoo.com.my

http://www.DuniaHerbaHPA.net/RROSFAN

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment